ADN

Forum perniagaan bantu usahawan India Ogos ini

10 Jul 2022, 1:55 AM
Forum perniagaan bantu usahawan India Ogos ini

KLANG, 10 JULAI: Forum Perniagaan India Selangor bakal dianjurkan Ogos ini bagi membantu usahawan kaum berkaitan mengenali lebih banyak inisiatif ditawarkan Kerajaan Negeri.

Wakil rakyat Sentosa Dr G Gunarajah berkata program dengan kerjasama pihak Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) itu adalah bagi membangunkan usahawan terbabit.

"Ramai usahawan India hanya tahu inisiatif disediakan Kerajaan Selangor seperti Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) dan India Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (i-Seed).

"Namun, sebenarnya banyak lagi tawaran lain mereka tidak tahu sebagai contoh pinjaman sehingga RM100,000 untuk membuka perniagaan dan beberapa lagi kemudahan akan diterangkan pada forum itu nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kesimpulan Program Hala Tuju Membentuk Naratif Pembangunan Masyarakat India Malaysia di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Menurut Gunarajah, untuk permulaan pihaknya menjangkakan kira-kira 200 usahawan India bakal terlibat pada forum berkenaan dan kemudian mereka akan dibawa ke jelajah bagi melihat inisiatif ditawarkan itu.

Sebelum ini, program hala tuju membentuk naratif pembangunan masyarakat India di Malaysia di Hotel Wyndham Achmar diadakan dengan menghimpunkan 96 peserta dari 63 badan bukan kerajaan (NGO).

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata majlis itu meneliti dan mencari solusi segala isu dibangkitkan komuniti tersebut antaranya melibatkan sekolah, pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) serta keusahawanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619