AGENDA

Elon Musk batal perjanjian beli Twitter

9 Jul 2022, 9:06 AM
Elon Musk batal perjanjian beli Twitter

SAN FRANCISCO, 9 JULAI: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk pada Jumaat membatalkan perjanjian US$44 bilion untuk membeli Twitter, menyalahkan syarikat itu kerana menyekat maklumat mengenai jumlah akaun palsu dan spam, lapor Xinhua.

Peguam Musk mendakwa Twitter gagal mematuhi kewajipannya dalam perjanjian penggabungan dan "melanggar pelbagai peruntukan" perjanjian yang ditandatangani pada April.

Pengerusi Lembaga Twitter Bret Taylor berkata syarikat itu komited untuk menutup perjanjian pada harga dan syarat yang dipersetujui dengan Musk, dan merancang meneruskan tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan perjanjian penggabungan.

"Kami yakin kami akan menang di Mahkamah Chancery Delaware," ciap Taylor, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Salesforce.

Pada April, Elon Musk mengumumkan pengambilalihan Twitter bernilai US$44 bilion. Kemudian pada Mei, Musk berkata perjanjian itu ditangguhkan buat sementara waktu kerana beliau meminta butiran mengenai jumlah akaun spam dan palsu platform sosial itu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619