AGENDA

Piala FA: Selangor FC mara ke suku akhir, tewaskan KL City FC 1-0

8 Jul 2022, 3:45 PM
Piala FA: Selangor FC mara ke suku akhir, tewaskan KL City FC 1-0

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Selangor FC mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 pada aksi pusingan kedua kalah mati Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya malam ini.

Dalam pertembungan derbi Lembah Klang itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati pada babak pertama perlawanan selain gagal memecah kebuntuan gol sehingga wisel separuh masa pertama ditiup.

Memasuki babak kedua, Selangor mengorak langkah dengan beberapa cubaan ke arah gawang gol KL namun berjaya dipatahkan penjaga gol Kevin Mendoza.

Selangor bagaimanapun mengukir kegembiraan apabila kemasukan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau yang menggantikan Hein Htet Aung berhasil menyumbang gol pendahuluan pada minit ke-61.

Skuad The City Boys tersentak dengan jaringan pendahuluan itu cuba menyamakan kedudukan dengan beberapa cubaan Jordan Mintah menguji penjaga gol Selangor, Samuel Somerville namun tetap tidak berhasil mencetak gol.

KL terus menekan dengan peluang terakhir terhidang buat mereka di masa kecederaan namun rembatan padu Jordan hanya melepasi gawang gol Selangor.

Keputusan kekal Selangor mendahului 1-0 sehingga wisel penamat ditiup.

Skuad Red Giants, dijadualkan bertemu Sabah FC di suku akhir pada 23 Julai ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619