AGENDA

Warga Malaysia tinggal di Singapura disah positif cacar monyet

7 Jul 2022, 4:07 AM
Warga Malaysia tinggal di Singapura disah positif cacar monyet

SHAH ALAM, 7 JULAI: Seorang warga Malaysia yang bermastautin di Singapura menjadi kes pertama jangkitan tempatan cacar monyet.

Kementerian Kesihatan republik itu dalam kenyataan berkata lelaki berusia 45 tahun ini disahkan dijangkiti wabak berkenaan semalam, lapor Berita Harian.

"Mangsa menyedari kesan luka pada kulit di kawasan perutnya pada 30 Jun lalu dan seterusnya mengalami keletihan dan bengkak kelenjar limfa pada 2 Julai lalu.

"Ini diikuti demam dan sakit tekak pada 4 Julai lalu, mendorongnya mendapatkan rawatan, di mana ujian seterusnya mengesahkan jangkitan cacar monyet," kata kementerian itu.

Tambahnya, mangsa kini stabil dan menerima rawatan di wad Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) di Singapura.

Lelaki terbabit juga dimaklum tiada kaitan dengan kes cacar monyet import yang diumumkan di republik itu pada 21 Jun lalu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619