AGENDA

200 syarikat sertai karnival kerjaya September ini, tawar peluang untuk OKU

6 Jul 2022, 7:48 AM
200 syarikat sertai karnival kerjaya September ini, tawar peluang untuk OKU

SHAH ALAM, 6 JULAI: Program Selangor Mega Job Fair kali kedua untuk tahun ini dijadual berlangsung pada September depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata program melibatkan lebih 200 syarikat itu turut memfokuskan sektor perhotelan dan sukan selain peluang kerjaya untuk orang kurang upaya (OKU).

"Atas komitmen mengekalkan kadar pengangguran bawah empat peratus, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan meneruskan Selangor Mega Job Fair 2022 kali kedua di MAEPS.

"Rakyat Selangor khususnya belia disaran mengambil peluang dengan mendaftar di www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pekerjaan yang ditawarkan," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Selangor Mega Job Fair 2022 kali pertama berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA pada 11 dan 12 Jun lalu yang disertai lebih 100 syarikat termasuk badan kerajaan dan agensi Kerajaan Negeri.

Inisiatif tersebut berjaya membantu seramai 1,996 individu mendapat pekerjaan manakala seramai 3,601 individu pula dipanggil menghadiri temu duga kali kedua oleh majikan setakat hari ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619