AGENDA

Tiada isu berbangkit jemaah tidak dibenar bawa pulang air zamzam

3 Jul 2022, 8:47 AM
Tiada isu berbangkit jemaah tidak dibenar bawa pulang air zamzam

KOTA BHARU, 3 JULAI: Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruskannya bagi pihak jemaah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata memang terdapat kaedah tertentu supaya air zamzam sampai ke negara ini dengan cara lebih selamat dengan kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi.

"Memang jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam melalui bagasi tetapi ada agensi yang mengendalikannya dan TH akan menguruskan bagi pihak jemaah.

"Jemaah akan mendapatkan air zamzam tersebut sebaik tiba di tanah air. Jadi, tidak timbul isu mengenai perkara ini (tidak dibenar bawa pulang)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 11 mangsa ribut dan kebakaran di Mukim Siti Manis, Kijang di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan wujudnya penipuan dalam badal haji, Ahmad Marzuk berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Beliau berkata jika seseorang itu mahu menggunakan khidmat badal haji, mereka perlu memilih ‘wakil’ yang benar-benar tulen supaya tidak ditipu.

"Dalam soal menggunakan wakil ini, kita perlu membuat penelitian. Sekiranya harga dikenakan begitu murah... agak tidak munasabah melainkan individu itu melakukannya secara sukarela.

"Cara terbaik bagi orang yang berhasrat menggunakan badal haji, kos itu sepatutnya disesuaikan dengan nilai perbelanjaan bagi orang yang hendak diwakilkan mengerjakan ibadah haji tersebut," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619