AGENDA

TH ingatkan pendeposit, orang ramai waspada tawaran pelaburan meragukan

21 Okt 2023, 7:43 AM
TH ingatkan pendeposit, orang ramai waspada tawaran pelaburan meragukan

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Para pendeposit Tabung Haji dan orang ramai disaran berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim pelaburan meragukan.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ini kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik dengan mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok bagi memperdayakan orang ramai.

“Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas.

“TH menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh ‘scammer’,” menurut kenyataan itu.

TH memaklumkan para pendeposit sentiasa diberikan peringatan dan nasihat mengenai perkara itu menerusi platform komunikasi rasmi institusi itu.

Para pendeposit dan orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919, untuk sebarang pertanyaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619