BERITA UTAMA

Polis Selangor tahan 1,364 keldai akaun terima upah cecah RM600 seminggu

3 Jul 2022, 6:25 AM
Polis Selangor tahan 1,364 keldai akaun terima upah cecah RM600 seminggu

SHAH ALAM, 3 JULAI: Polis Selangor menahan 1,364 keldai akaun yang menerima upah mencecah RM600 seminggu bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Ketua Polis negeri Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata daripada jumlah tersebut, seramai 928 merupakan suspek lelaki manakala 436 lagi wanita.

“Bayaran yang selalu diperolehi individu menjual akaun ialah anggaran RM100 hingga RM600 dalam tempoh seminggu. Sindiket yang mencari keldai akaun ini aktif di media sosial.

“Punca seseorang itu menjadi keldai akaun antaranya mangsa penipuan e-dagang, mahu mendapatkan imbuhan, membantu memindahkan wang, tawaran kerja dan mangsa ah long,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Arjunaidi individu yang dijadikan sasaran keldai akaun biasanya berusia 20 hingga 40 tahun selain tidak mempunyai pekerjaan tetap serta dikaburi janji memperolehi wang dengan cara mudah.

"Individu yang menjadi keldai akaun boleh didakwa di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan wang secara tidak jujur dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang curi."

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619