AGENDA

Anwar: Selangor prihatin masalah rakyat, turun padang bantu golongan susah

2 Jul 2022, 10:48 AM
Anwar: Selangor prihatin masalah rakyat, turun padang bantu golongan susah

PETALING JAYA, 2 JULAI: Selangor merupakan antara tiga negeri di bawah pentadbiran pembangkang yang prihatin dengan masalah rakyat, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata usaha memperkasakan rakyat masih belum cukup kerana parti itu perlu turun berjumpa golongan tersebut di luar bandar.

"Tiada negeri yang tunjukkan keprihatinan terhadap masalah rakyat termasuk ibu tunggal seperti negeri-negeri Pakatan Harapan.

"Saya harap hal-hal dibangkitkan melibatkan Kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan diberi perhatian," katanya ketika berucap dalam Sidang Nadi Rakyat anjuran KEADILAN di sini hari ini.

Ketua pembangkang itu juga berkata kawasan miskin bandar, estet dan pedalaman akan menjadi medan untuk KEADILAN meraih undi sebagai persediaan pilihan raya umum akan datang.

"Jadi jangan bicara soal letih, lemas. Bicara soal tanggungjawab bangkitkan kesedaran rakyat dan selamatkan negara kita," katanya.

Bulan lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melancarkan 11 inisiatif baharu bagi menambah baik kualiti hidup penduduk Selangor menerusi Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

Penambahan itu menjadikan keseluruhan 44 program ditawar kepada penduduk untuk kelestarian dan pembangunan kehidupan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619