ADN

ADN Rawang bawa isu infrastruktur, pencemaran dalam sidang dewan negeri

1 Jul 2022, 3:33 PM
ADN Rawang bawa isu infrastruktur, pencemaran dalam sidang dewan negeri

SELAYANG, 1 JULAI: Wakil rakyat Rawang membawa isu infrastruktur yang perlu dibaik pulih terutama di sekitar kawasan perumahan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada hujung bulan ini.

Chua Wei Kiat berkata usaha menaik taraf infrastrukur perlu dilaksanakan seiring dengan pembangunan serta pertambahan kawasan perumahan demi keselesaan rakyat.

"Apabila banyak perumahan, jadi tumpuan utama ialah keselesaan kepada penduduk daripada seluruh aspek. Selain itu, saya juga akan bawa isu berkaitan pencemaran kerana Rawang banyak kawasan perindustrian.

"Bidang kuasa pencemaran banyak melibatkan kerajaan pusat, jadu kita bawa isu ini dalam DNS yang menjadi platform mengemukakan isu ini," katanya ditemui selepas melawat warga emas yang mengalami masalah penglihatan di Taman Bukit Rawang Jaya di sini, hari ini.

Mesyuarat kedua penggal kelima DNS yang ke-14 tahun 2022 dijangka berlangsung pada 25 Julai hingga 5 Ogos 2022.

Pada 8 Mei, Amirudin berkata Rancangan Selangor Satu dirangka bagi menjayakan agenda sosioekonomi rakyat berasaskan kerajaan penyayang yang berkesan dan berwibawa.

Beliau menjelaskan pelan komprehensif lima tahun itu penting berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri menangani pandemik yang menjejaskan pelbagai sektor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619