BERITA UTAMA

Penyertaan syarikat pemula dalam Program Pemecut Selangor naik 36.4 peratus

30 Jun 2022, 8:24 AM
Penyertaan syarikat pemula dalam Program Pemecut Selangor naik 36.4 peratus
Penyertaan syarikat pemula dalam Program Pemecut Selangor naik 36.4 peratus

SHAH ALAM, 30 JUN: Permohonan syarikat pemula untuk menyertai Program Pemecut Selangor (SAP) menunjukkan peningkatan sebanyak 36.4 peratus.

EXCO Industri dan Perdagangan Dato' Teng Chang Khim berkata sejumlah 225 permohonan diterima pada tahun ini berbanding 165 tahun lalu.

"Ini menunjukkan semakin banyak syarikat pemula bersemangat mahu mengembangkan perniagaan mereka dengan bantuan dan bimbingan daripada Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

"Malah, banyak syarikat pemula yang mengikuti program sudah berjaya dan saya percaya perkara ini tersebar membuatkan semakin ramai mahu menjadi sebahagian daripada peserta SAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Pemecut Selangor kohort kelima di Pusat Digital Kreatif Selangor (SDCC) i-City, Shah Alam di sini hari ini.

[caption id="attachment_527960" align="alignright" width="380"] EXCO Industri dan Perdagangan Dato' Teng Chang Khim bercakap kepada media sempena majlis perasmian Program Pemecut Selangor (SAP) kohort ke-5 di Pusat Digital Kreatif Selangor (SDCC) i-City, Shah Alam pada 30 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Chang Khim, seramai 120 usahawan e-dagang berjaya dilahirkan menerusi SAP sejak diperkenalkan pada 2018.

"Peningkatan ini jelas menunjukkan kepakaran Sidec menganjurkan program dengan pelbagai tema menarik seperti tahun ini bertemakan 'Sifar Bersih, Kelestarian dan Ekonomi Pekeliling'.

"Ia merupakan satu isu hangat yang sedang dibincangkan seluruh dunia, saya yakin dengan adanya syarikat pemula kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah tersebut," katanya.

Terdapat lima bidang utama dalam program SAP meliputi teknologi kesihatan, teknologi kewangan, bandar pintar, teknologi hijau dan teknologi pertanian.

Ia merupakan program berstruktur yang berlangsung selama tiga bulan bertujuan memberi persediaan 30 syarikat pemula dalam menerima pelaburan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619