AGENDA

Skim air percuma dibuka, orang ramai diseru memohon

27 Jun 2022, 4:15 AM
Skim air percuma dibuka, orang ramai diseru memohon
Skim air percuma dibuka, orang ramai diseru memohon

SHAH ALAM, 27 JUN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyeru orang ramai memohon Skim Air Darul Ehsan bagi menikmati air percuma jika belum berbuat demikian.

Agensi itu memaklumkan pendaftaran untuk skim tersebut dibuka sehingga 31 Disember 2024 dan mereka yang layak akan menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu.

“Daftar sekarang untuk menikmati bekalan air percuma. Semak terma dan syarat permohonan di https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ ," katanya di Twitter, hari ini.

Syarat kelayakan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.

Premis kediaman pula mestilah jenis meter individu dan pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619