PBT

MBSJ: 16 pemaju, pemilik tanah gagal patuhi peraturan didakwa di mahkamah

21 Jun 2022, 2:05 AM
MBSJ: 16 pemaju, pemilik tanah gagal patuhi peraturan didakwa di mahkamah

SUBANG JAYA, 21 JUN: Seramai 16 pemaju dan pemilik tanah didakwa di mahkamah sejak Januari lalu selepas gagal mematuhi Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 membabitkan denda sebanyak RM79,000.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata daripada jumlah itu, 10 kes membabitkan kilang memproses besi yang beroperasi atas tanah lot kediaman serta meletak kenderaan berat dan barang di kawasan perumahan.

Dato' Johary Anuar memaklumkan selebihnya membabitkan pusat penjagaan ibu dan bayi yang dibina tanpa kebenaran, pusat penternakan haiwan di kawasan kediaman serta kilang menjual perabot beroperasi di atas lot kediaman.

"Kesemua pesalah didakwa mengikut Seksyen 27(2)(a) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya," katanya di ibu pejabat MBSJ dekat sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata tindakan pendakwaan terhadap kilang haram akan diteruskan secara agresif bagi memastikan isu pelanggaran undang-undang dapat ditangani demi kesejahteraan penduduk.

"Kita memandang serius aktiviti pembangunan tanpa kebenaran khususnya kilang haram yang didirikan di kawasan kediaman kerana ia boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan penduduk serta alam sekitar.

"Justeru, semua pemaju dan pemilik tanah yang membenarkan kilang haram beroperasi digesa mematuhi peruntukan undang-undang ditetapkan dan segera menghentikan aktiviti terlarang itu," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619