AGENSI

LZS rai 182 guru pembimbang mualaf, 18 terima anugerah cemerlang

20 Jun 2022, 4:00 AM
LZS rai 182 guru pembimbang mualaf, 18 terima anugerah cemerlang

SHAH ALAM, 20 JUN: Seramai 182 guru pembimbing mualaf dirai dalam majlis Sambutan Hari Guru khusus buat mereka yang mendidik golongan asnaf itu mengamalkan ajaran Islam.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata pada majlis anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu seramai 18 guru pembimbing menerima anugerah prestasi cemerlang.

"Dalam majlis ini juga, LZS memberikan sumbangan berbentuk saham wakaf kepada tiga guru pembimbing yang telah meninggal dunia sepanjang perkhidmatan.

"Sumbangan ini disampaikan kepada waris guru yang turut hadir," tulisnya di Facebook.

Majlis dirasmikan Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Muhamad Asmadi Mustakim.

Dalam majlis yang sama, LZS menganjurkan slot motivasi kepada guru pembimbing mualaf bertajuk 'Psikologi Pendidikan Mualaf dalam Mendepani Cabaran Kontemporari'.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619