AGENSI

185 penjawat awam negeri terima anugerah cemerlang, kenang jasa

16 Mei 2023, 10:40 AM
185 penjawat awam negeri terima anugerah cemerlang, kenang jasa
185 penjawat awam negeri terima anugerah cemerlang, kenang jasa

SHAH ALAM, 16 MEI: Seramai 185 penjawat awam pentadbiran Kerajaan Negeri menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) 2022 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2023 hari ini.

Majlis penyampaian disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Hotel Concorde di sini. Turut menerima pengiktirafan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim.

Penerima terdiri daripada kakitangan 10 jabatan iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor serta Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

Selain itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor, Perbadanan Adat dan Warisan Selangor serta Majlis Sukan Negeri Selangor.

[caption id="attachment_581678" align="alignnone" width="874"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) kepada Abdul Khalil Sabiis pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan AJD Tahun 2023 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 13 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

APC adalah penghargaan kepada penjawat awam yang berkhidmat cemerlang. AJD pula diberikan kepada mereka yang berkhidmat melebihi 25 tahun selain masih berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya satu tahun atau pegawai dan kakitangan yang bersara wajib atau meninggal dunia dalam tahun berkenaan.

Penerima AJD 2023, Abdul Khalil Sabiis, 61 ketika ditemui berkata beliau terharu dengan penganugerahan yang diterima setelah berkhidmat dengan pelbagai agensi di bawah Kerajaan Negeri sejak 42 tahun lalu.

“Ini anugerah terindah untuk saya kenang dan sebagai pemangkin semangat untuk generasi muda berkhidmat dengan sebaik mungkin di agensi kerajaan negeri,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619