BERITA UTAMA

Wakil rakyat diminta hebahkan, bantu masyarakat Orang Asli sertai Selangor Saring

16 Jun 2022, 8:11 AM
Wakil rakyat diminta hebahkan, bantu masyarakat Orang Asli sertai Selangor Saring

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Wakil rakyat yang mempunyai masyarakat Orang Asli di kawasan mereka diminta menguar-uarkan program Selangor Saring kepada golongan itu, kata EXCO hal ehwal orang asli.

Hee Loy Sian berkata Ahli Dewan Negeri (ADN) juga diharap dapat membantu membawa mereka keluar untuk melakukan saringan berikutan sebahagian daripadanya menghadapi masalah pengangkutan.

"Kita harap ADN dapat main peranan dengan beri pendedahan kenapa perlu lakukan saringan, sebenarnya bukan mudah kerana mereka terikat dengan perubatan tradisional.

"Pihak kami sendiri melalui persatuan penduduk sudah menguar-uarkan program ini cuma kita minta wakil rakyat dapat bantu bagi menarik lebih ramai lakukan saringan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan pertandingan fotografi di sini.

Loy Sian berkata setakat ini pihaknya belum mendapat data jumlah masyarakat Orang Asli mendaftar mahu pun telah melakukan saringan keshatan dalam program Selangor Saring.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan barah payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Minggu ini program saringan kesihatan secara percuma diteruskan di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Sabtu diadakan untuk DUN Dengkil dan Sungai Ramal manakala Ahad untuk DUN Sungai Pelek, Pandan Indah serta Teratai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619