BERITA UTAMA

MBSJ perkenal laman woodball, tarik minat komuniti bersukan

15 Jun 2022, 1:31 AM
MBSJ perkenal laman woodball, tarik minat komuniti bersukan
MBSJ perkenal laman woodball, tarik minat komuniti bersukan

SHAH ALAM, 15 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) semalam memperkenalkan Padang Awam MBSJ USJ 11/5 sebagai Laman Woodball Datuk Bandar MBSJ USJ 11.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar berkata inisiatif itu bagi memberi peluang kepada penduduk setempat beriadah sambil melakukan aktiviti sukan tersebut.

"MBSJ turut melaksanakan kerja pengubahsuaian taman seperti memotong akar dan buang tunggul pokok, membersihkan struktur batu dan penambakan kawasan berlubang serta permukaan tidak rata bagi kelancaran 12 laluan (couse) laman woodball ini.

[caption id="attachment_525630" align="alignleft" width="380"] Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar berucap merasmikan Laman Woodball Datuk Bandar MBSJ USJ 11 di Padang Awam MBSJ USJ 11/5, Subang Jaya pada 14 Jun 2022. Foto MBSJ[/caption]

"Kita berharap dengan kemudahan ini, ia dapat memberi manfaat dan mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat khususnya warga Subang Jaya sekali gus mencapai sasaran ke arah Pembangunan Bandaraya Mampan dan Madani," katanya menerusi kenyataan.

Johary menjelaskan laman woodball pertama MBSJ sebelum ini adalah di Wawasan MBSJ berkeluasan 20 ekar dengan 24 laluan bertaraf antarabangsa yang merupakan paling terbesar di negeri ini.

"Sukan ini diperkenalkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSJ Zon 16 di Taman Rekreasi Wawasan Puchong dengan penubuhan Kelab Woodball Wawasan diterajui EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han.

"Kini, Kelab Woodball Wawasan mempunyai 38 ahli berdaftar dan turut aktif menyertai kejohanan di peringkat domestik anjuran Persatuan Woodball Malaysia," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619