AGENDA

Teras lancar portal pembelian atas talian, tawar 156 produk

14 Jun 2022, 3:00 PM
Teras lancar portal pembelian atas talian, tawar 156 produk

SHAH ALAM, 14 JUN: Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) melancarkan platform pembelian atas talian, MyTERAS Shop bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat khususnya golongan asnaf.

Pengerusinya Dato’ Ibrahim Md Yusof berkata platform yang mula beroperasi hari ini menawarkan 156 barangan berkualiti keluaran asnaf, industri kecil dan sederhana (IKS), selain produk sedia ada.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 30 produk adalah keluaran asnaf melibatkan 10 syarikat yang berada di bawah bimbingan Teras.

"Kelainan portal pembelian ini adalah selain pembeli berpeluang menikmati harga lebih murah berbanding pasaran, sebanyak RM0.10 daripada setiap pembelian RM10 akan diinfaqkan kepada golongan memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran portal tersebut yang disempurnakan Mufti Selangor, Dato' Dr Anhar Opir di Wisma PKPS di sini hari ini.

Tambahnya, selain berinfaq menerusi pembelian barangan, pembeli juga boleh membeli pakej Infaq yang ditawarkan menerusi portal tersebut.

"Terdapat empat pakej infaq disediakan iaitu bernilai RM50 hingga RM150. Mereka hanya perlu melayari myteras.shop untuk membeli barang keperluan dan berinfaq," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619