AGENDA

Periksa tahap kesihatan, 30 peratus rakyat 18 tahun ke atas hidap darah tinggi

14 Jun 2022, 12:04 AM
Periksa tahap kesihatan, 30 peratus rakyat 18 tahun ke atas hidap darah tinggi
Periksa tahap kesihatan, 30 peratus rakyat 18 tahun ke atas hidap darah tinggi

SHAH ALAM, 14 JUN: Sebanyak 30 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai penyakit darah tinggi, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata darah tinggi merupakan penyakit berbahaya apabila tekanan darah seseorang itu berada pada nilai 140/90 mmHg atau lebih.

"Selalu rasa pening dan pusing kepala? ini mungkin tanda anda ada darah tinggi, 'check' cepat. Anda boleh jalani saringan kesihatan di program Selangor Saring.

"Lumrahnya, mengambil langkah proaktif cegah jauh lebih baik sebagai usaha memelihara kesejahteraan kesihatan diri dan keluarga. Saringan awal untuk kita tahu tahap kesihatan diri antara langkah terbaik boleh kita ambil," katanya di Facebook.

Program percuma yang bermula sejak 22 Mei di lalu itu akan diteruskan lagi hujung minggu ini dengan lokasi terdekat akan dimaklum dari masa ke semasa.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan selangorsaring.selangkah.my, hubungi talian Selcare 1-800-22-6600 atau Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor melalui drsitimariah.com/talian-suka/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619