AGENDA

Duta Perpaduan dilantik di setiap 56 DUN, kukuh kesefahaman rakyat

27 Mei 2023, 8:25 AM
Duta Perpaduan dilantik di setiap 56 DUN, kukuh kesefahaman rakyat
Duta Perpaduan dilantik di setiap 56 DUN, kukuh kesefahaman rakyat

SHAH ALAM, 27 MEI: Duta Perpaduan Selangor akan dilantik di setiap 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memupuk semangat muhibah dan kesefahaman di peringkat akar umbi.

EXCO Perpaduan Dr Siti Mariah Mahmud berkata pemilihan tersebut diuruskan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdasarkan merit dan kelayakan peserta.

[caption id="attachment_583658" align="alignleft" width="372"] Temu bual bersama EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kita alu-alukan mana-mana pihak, terutamanya golongan belia yang mahu menjadi Duta Perpaduan di setiap 56 DUN di Selangor.

“Duta itu akan diberi tanggungjawab untuk membantu melaksana pelbagai gerak kerja dan bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk menyemarak semangat perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri di Taman Tasik Shah Alam di sini hari ini.

Dr Siti Mariah berkata Kerajaan Negeri juga sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,00 bagi melaksana pelantikan Duta Perpaduan di setiap DUN.

Jelasnya, setiap program berkaitan perpaduan perlu dijalankan secara berterusan dan konsisten bagi membumikan perasaan rakyat untuk hidup harmoni.

Terdahulu, kira-kira 5,000 pengunjung hadir seawal jam 7 pagi bagi menyertai pelbagai aktiviti seperti larian perpaduan, persembahan kebudayaan, piknik perpaduan dan sebagainya.

Sambutan bertemakan 'Perpaduan dalam Kepelbagaian' itu akan diteruskan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi esok, dengan pelbagai pengisian menarik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619