AGENDA

Menteri: Dua sub varian Omicron dikesan di Malaysia

10 Jun 2022, 1:24 AM
Menteri: Dua sub varian Omicron dikesan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Malaysia telah mengesan dua kes BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang merupakan sub varian Omicron.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan kali pertama varian itu di kesan dalam negara.

“Kedua-dua telah dikategorikan oleh WHO (Organisasi Kesihatan dunia) sebagai VOC-LUM (jenis di bawah pemerhatian) di bawah varian Omicron. Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya dalam ciapannya semalam.

Kedua-dua varian telah dilaporan sebagai versi untuk lebih mudah berjangkit berbanding virus asal SARS-CoV-2.

Sementara itu Khairy dalam video yang dimuat naik dalam Twitter WHO semalam berkata Malaysia telah memastikan perancangan yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi orang ramai memutuskan untuk sama ada mereka divaksin atau tidak (untuk Covid-19), adalah semudah mungkin.

“Kementerian Kesihatan tahu bahawa akan ada keraguan (dalam mendapatkan vaksin Covid-19). Permudahkan (vaksinasi) untuk mereka (rakyat Malaysia), buat ia boleh difahami, terjemahkannya kepada seberapa banyak dialek yang mungkin, dapatkan petugas kesihatan pergi ke komuniti yang terpinggir jauh di pedalaman untuk membawa vaksin kepada mereka,” katanya.

Khairy berkata perkara itu bukan sahaja mengenai berkomunikasi tetapi ia berkaitan untuk membuat orang ramai mengubah tingkah laku mereka, menyesuaikan tingkah laku mereka lebih daripada Covid-19, sains tingkah laku sebenarnya adalah barisan pertahanan pertama untuk penjagaan kesihatan awam.

“Jika anda boleh membuat orang berkelakuan berbeza untuk mempunyai tabiat menjaga kesihatan, untuk pergi mendapatkan vaksinasi mereka, maka ini akan memperkuatkan semua perkara dalam sistem penjagaan kesihatan,” katanya.

Khairy menjawab soalan mengenai bagaimana Malaysia menggunakan sains tingkah laku dalam kempen vaksinasi Covid-19.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619