AGENDA

Buku himpunan esei kolumnis filem di pesta buku KL

10 Jun 2022, 12:01 AM
Buku himpunan esei kolumnis filem di pesta buku KL
Buku himpunan esei kolumnis filem di pesta buku KL

SHAH ALAM, 10 JUN: Buku terbaharu kolumnis filem Selangorkini Daniyal Kadir berjudul Membedah Wayang Gambar boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau menghimpunkan hampir 30 esei berkaitan industri perfileman di Malaysia antara 2017 hingga 2021 dalam naskhah setebal 158 halaman yang berada di pasaran sejak Januari.

"Antara esei dalam buku ini ialah Kejantanan Dalam Filem Melayu yang memenangi Hadiah Sastera Selangor 2020," kata penulis kelahiran Kuala Kangsar, Perak.

[caption id="attachment_524824" align="alignright" width="380"] Buku Membedah Wayang Gambar karya Daniyal Kadir boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur[/caption]

Beliau yang sebelum ini menghasilkan buku Membedah P.Ramlee itu berkata penulisan itu bertujuan mengisi kelompongan buku-buku filem di Malaysia berbahasa Melayu.

"Selain kekurangan buku perfileman bahasa Melayu, kebanyakan individu-individu mengulas filem menggunakan medium mudah iaitu Youtube," katanya.

Buku berharga RM40 juga boleh didapati menerusi jualan dalam talian Shopee Dubook Press dan kedai buku terpilih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619