BERITA UTAMA

Konvokesyen Kuis secara bersemuka Ogos depan selepas pandemik

8 Jun 2022, 1:00 PM
Konvokesyen Kuis secara bersemuka Ogos depan selepas pandemik

SHAH ALAM, 8 JUN: Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) kali ke-25 akan berlangsung secara bersemuka buat pertama kali selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Rektornya Prof Madya Dato' Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata majlis pada 14 hingga 18 Ogos depan membenarkan kehadiran ibu bapa atau dua orang wakil pelajar terlibat.

"Kuis masih mengambil langkah proaktif dengan memastikan pelaksanaan majlis ini mematuhi sepenuhnya tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan graduan," katanya menerusi kenyataan.

Jelas beliau majlis itu menyaksikan seramai 1,861 orang graduan dan 23 daripadanya merupakan graduan antarabangsa dilahirkan dari kolej universiti berkenaan.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan graduan dari 1998 hingga 2022 ialah seramai 27,337 orang. Istimewanya, majlis konvokesyen kali ini adalah simbolik sambutan Jubli Perak 25 tahun penganjuran Majlis Konvokesyen Kuis," katanya.

Para graduan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai majlis konvokesyen Kuis ini menerusi portal http://e-konvo http://ekonvo.kuis.edu.my atau layari laman http://sesawang www.kuis.edu.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619