AGENSI

Pusat anak istimewa kembang perkhidmatan kepada prasekolah

8 Jun 2022, 7:00 AM
Pusat anak istimewa kembang perkhidmatan kepada prasekolah
Pusat anak istimewa kembang perkhidmatan kepada prasekolah

SHAH ALAM, 8 JUN: Pusat Anak Istimewa Selangor (Anis) kini mengembangkan perkhidmatan kepada program prasekolah bagi kanak-kanak istimewa berusia lima hingga enam tahun.

Agensi itu memaklumkan pihaknya melalui Iltizam Anak Istimewa Selangor telah membuka pendaftaran bagi program berkenaan untuk sepanjang tahun.

"Prasekolah Anis menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas seiring dengan perkembangan mereka.

"Program ini menyasarkan objektif agar semua anak-anak dapat memasuki sekolah aliran perdana ataupun program inklusif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya menerusi Facebook.

Katanya program itu terbuka kepada semua anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran dan boleh mendaftar di pautan www.anisselangor.com/prasekolahanis .

Bagi anak istimewa berusia dua hingga empat tahun boleh mendaftar bagi program intervensi di www.anisselangor.com/intervensianis .

Sebarang pertanyaan hubungi Pusat Anis di talian 03-55453170.

Pada 21 April, EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan seramai 692 anak istimewa dibantu Kerajaan Negeri menerusi peruntukan RM1.3 juta bagi tahun lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri akan meneruskan program Bantuan Khas Anis dan Didik Anis pada tahun ini dengan peruntukan RM1.5 juta.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619