AGENSI

MBI peruntuk RM10,000, jaya program prasekolah dengan pendidikan negeri

14 Sep 2022, 12:30 PM
MBI peruntuk RM10,000, jaya program prasekolah dengan pendidikan negeri

KLANG, 14 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM10,000 sempena pertunjukan pendidikan prasekolah anjuran Jabatan Pendidikan negeri.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukan itu diberikan dalam bentuk peralatan tulis dan buku nota yang diagihkan kepada kanak-kanak prasekolah itu.

"Ini merupakan kerjasama yang pertama dalam bentuk bantuan, namun sebelum ini Jabatan Pendidikan Selangor pernah membantu dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

"MBI tidak menolak akan ada lagi kerjasama selepas ini dalam program pendidikan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan tersebut di Klang Parade, hari ini.

Tambah Ahmad Azri, MBI memperuntuk lebih RM8 juta untuk pendidikan termasuk PTRS.

"Paling besar dalam bidang pendidikan ialah PTRS iaitu RM7 juta manakala RM1 juta untuk bantuan infrastruktur dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

"Ini tidak termasuk program lain seperti pemerkasaan pendidikan atau e-tuisyen," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619