AGENDA

Anwar minta kerajaan tidak abai veteran ATM berkait isu pencen

6 Jun 2022, 1:48 PM
Anwar minta kerajaan tidak abai veteran ATM berkait isu pencen

SHAH ALAM, 6 JUN: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan supaya tidak mengabaikan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mendesak menteri pertahanan supaya segera bertindak, beliau berkata pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) beberapa kali membawa isu tersebut ke Parlimen keranagolongan itu banyak berjasa kepada negara.

Beliau menambah tindakan veteran ATM mengadakan perhimpunan di Tugu Negara, Kuala Lumpur menunjukkan mereka tiada pilihan berikutan Kementerian Pertahanan tidak memberi perhatian terhadap hak mereka.

"Saya mendesak menteri pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini. Usah abaikan suara golongan veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita," kata presiden Parti Keadilan Rakyat itu  Facebook.

Hari ini, sekumpulan pesara tertera berhimpun secara aman di Tugu Negara selepas lapan tahun gagal menegakkan hak mereka mengikut saluran betul berhubung isu pencen.

Mereka mengemukakan tiga tuntutan utama iaitu penyelerasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen dan buka ruang untuk beri pengampunan kepada veteran ATM supaya mereka dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran.

“Kami adalah kumpulan yang tidak mempunyai kaitan dengan politik. Sekitar 330,000 veteran yang masih dinafikan hak mereka dan daripada jumlah itu, sekitar 135,000 yang tidak mempunyai pencen," kata

pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Meor Rosli Meor Mohd Jaafar.

Dalam perhimpunan itu, kira-kira 500 veteran hadir selain orang awam yang turut serta bagi bersolidariti bersama bekas perajurit negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619