AGENDA

Wanita antara tiga ditahan curi komponen kereta

5 Jun 2022, 12:18 AM

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Seorang wanita dan dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes curi sport rim dan tayar kereta di sebuah bengkel di Industrial Park, Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan berkata polis turut merampas satu tayar bersama sport rim yang dipercayai barang kes yang hilang, tiga telefon bimbit serta dua kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Proton Wira yang digunakan semasa kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada pekerja bengkel itu bahawa kesemua tayar serta sport rim kereta jenis Honda Accord milik pelanggan telah dicuri semasa hendak membuka bengkel pada 24 Mei lepas.

“Suspek berumur 23 hingga 33 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. Mereka direman hingga 7 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619