AGENDA

Lelaki buat laporan palsu, tidak sopan dan miliki video lucah ditahan

30 Jan 2023, 11:56 AM
Lelaki buat laporan palsu, tidak sopan dan miliki video lucah ditahan

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan ketika membuat laporan palsu di IPD Ampang dengan mendakwa dompetnya diragut seorang lelaki menaiki motosikal di parkir kereta Jalan Pandan Indah di sini pada 4 petang semalam.

Beliau berkata semasa proses merakam keterangan, lelaki berkenaan yang merupakan seorang pekerja bank, meninggikan suara dan membaling kerusi ke arah pejabat pegawai penyiasat kerana mendakwa telah menunggu lebih sejam untuk membuat laporan.

“Susulan kejadian, lelaki itu ditahan dan telefon bimbitnya dirampas. Pemeriksaan mendapati ada beberapa video lucah yang disimpan lelaki itu. Hasil saringan ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu membuat laporan palsu kerana hendak memohon bagi kad pengenalan baharu.

Mohamad Farouk berkata lelaki itu ditahan reman tiga hari sehingga 1 Februari ini dan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki bahan lucah serta Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu membuat laporan palsu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619