AGENDA

Jabatan mufti Selangor putuskan Syawal berakhir hari ini

31 Mei 2022, 2:10 AM
Jabatan mufti Selangor putuskan Syawal berakhir hari ini
Jabatan mufti Selangor putuskan Syawal berakhir hari ini

SHAH ALAM, 31 MEI: Jabatan Mufti Negeri Selangor memutuskan hari ini adalah hari terakhir Syawal berdasarkan kedudukan bulan dan matahari.

Jabatan itu menerusi perkongsian di Facebook semalam memaklumkan ijtimak bulan berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7.32 malam.

"Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini (semalam) iaitu hari Isnin, 29 Syawal 1443 Hijrah mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria imkanurrukyah.

"Maka, keesokan hari (hari ini), 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawal 1443 Hijrah," katanya.

Maka dengan itu, katanya, 1 Zulkaedah 1443 Hijrah ditetapkan pada Rabu 1 Jun 2022.

Jabatan Mufti Negeri Selangor turut berkongsi info grafik kedudukan bulan pada 30 Syawal 1443 Hijrah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619