AGENDA

Umat Islam boleh semak, tentu semula arah kiblat petang ini

30 Apr 2023, 3:00 AM
Umat Islam boleh semak, tentu semula arah kiblat petang ini
Umat Islam boleh semak, tentu semula arah kiblat petang ini

SHAH ALAM, 30 APRIL: Umat Islam berpeluang menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan kedudukan matahari menghala ke Kaabah petang ini.

Jabatan Mufti Negeri Selangor memaklumkan bayang matahari searah kiblat bagi negeri ini diramal berlaku jam 3.16 petang waktu tempatan.

"Antara tatacara mendapatkan kiblat menggunakan kaedah ini adalah memastikan merujuk kepada waktu yang tepat berdasarkan waktu piawai Malaysia.

"Gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu atau benang yang diikat batu pemberat (ladung)," katanya di Facebook.

Menurut jabatan itu lagi, bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat.

"Insya-Allah, arah kiblat adalah bermula dari arah jatuhnya bayang tiang ke arah tiang dalam keadaan menghadap matahari.

“Tandakan garis bayang yang terhasil sebagai arah kiblat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619