PBT

Kejohanan sukan MBPJ kembali lagi selepas tertangguh dua tahun

30 Mei 2022, 8:28 AM
Kejohanan sukan MBPJ kembali lagi selepas tertangguh dua tahun

SHAH ALAM, 30 MEI: Kejohanan Mesra Industri anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang tertangguh selama dua tahun akibat pandemik Covid-19 kembali diadakan semula, semalam.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan penganjuran edisi kali ke-19 itu mendapat sambutan menggalakkan dari warga kerja pelbagai sektor kerajaan dan swasta.

"Kejohanan ini adalah program tahunan bertujuan mengeratkan hubungan antara MBPJ dan warga kerja  pelbagai sektor di Petaling Jaya antaranya perindustrian, perhotelan dan komersial.

"Penganjuran kejohanan ini juga dapat menggalakkan pekerja industri bagi menjalani gaya hidup sihat dan cergas serta mengisi waktu lapang dengan aktiviti riadah dan sukan ," katanya dalam kenyataan.

Kejohanan bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Kompleks Arena Petaling Jaya itu disertai 44 pasukan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta.

Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah futsal, bola jaring, sepak takraw dan ping pong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619