AGENDA

EXCO: 419 kanak-kanak terima rawatan di hospital akibat HFMD

28 Mei 2022, 8:10 AM
EXCO: 419 kanak-kanak terima rawatan di hospital akibat HFMD

SHAH ALAM, 28 MEI : Seramai 419 kanak-kanak di negeri ini dimasukkan ke hospital akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat 21 Mei tahun ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata daripada jumlah itu, lebih 400 kanak-kanak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk pemerhatian lanjut kerana tiada ubat boleh merawat HFMD

"Apa yang penting adalah kita minta ahli keluarga terus menjaga kebersihan dan ambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wabak ini tidak merebak.

"Ibu bapa juga dinasihatkan tidak bersikap penting diri dengan menghantar anak-anak ke tadika, taska atau atau pusat asuhan jika didapati ada gejala HFMD.," katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Suai Kenal Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) dan Jaringan Bersama Alumni AKW di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Pada 24 Mei, ketua pengarah kesihatan memaklumkan sejumlah 47,209 kes HFMD dilaporkan setakat 21 Mei, meningkat 20 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan itu sudah dijangka berikutan pergerakan penduduk semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619