AGENDA

MPKS tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun mulai 1 Jun

26 Mei 2022, 10:00 AM
MPKS tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun mulai 1 Jun
MPKS tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun mulai 1 Jun

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengumumkan tawaran pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus kepada orang ramai mulai 1 Jun ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, tawaran selama sebulan sehingga 30 Jun ini membabitkan pelbagai kesalahan di bawah bidang kuasa MPKS.

MPKS berkata, tawaran itu bertujuan menggalakkan orang ramai menjelaskan bayaran kompaun yang dikeluarkan oleh PBT itu.

"Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi CEPat - Citizen E-Payment dan aplikasi PBTPay.

"Selain itu, pembayaran secara terus juga boleh dibuat setiap isnin hingga jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang di ibu pejabat MPKS dan kaunter pandu lalu MPKS," katanya di Facebook.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi unit perundangan MPKS di talian 03-32897385 sambungan 30.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619