AGENDA

Ujian dapati kanak-kanak tiga tahun positif HFMD, bukan cacar monyet

26 Mei 2022, 7:57 AM
Ujian dapati kanak-kanak tiga tahun positif HFMD, bukan cacar monyet

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mengesahkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan bukannya dijangkiti wabak cacar monyet atau monkeypox.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan ujian ke atas kanak-kanak itu adalah positif virus Coxsackie A6 dan negatif cacar monyet serta lain-lain virus yang diuji.

“Diagnosis awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil yang mana MKAK telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan cacar monyet,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kanak-kanak itu telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei).

Ruam itu menjadi blister (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei), katanya.

Sebelum ini, tular mesej di media sosial memaparkan gambar seorang kanak-kanak dengan dakwaan kononnya cacar monyet sudah mula berjangkit di Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619