BERITA UTAMA

Lebih 1,000 kes denggi setakat 14 Mei, MBSJ pantau kawasan berisiko

25 Mei 2022, 2:42 PM
Lebih 1,000 kes denggi setakat 14 Mei, MBSJ pantau kawasan berisiko

SUBANG JAYA, 25 MEI: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesan 1,143 kes demam denggi di sekitar bandar raya itu sehingga minggu epid ke-19 pada 14 Mei lalu.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar berkata berlaku 50 peratus peningkatan pada tahun ini berbanding 735 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"MBSJ akan membuat pemantauan secara berkala di lokaliti titik panas denggi dari semasa ke semasa terutama di kawasan berpotensi tempat pembiakan jentik-jentik sama ada di perumahan, tempat binaan dan kilang.

"Sebanyak enam lokaliti titik panas denggi sudah dikenal pasti tetapi tiada lokaliti melebihi 100 hari dikesan setakat ini. Hasil pemantauan juga mendapati tempat kerap dijumpai pembiakan aedes adalah di lorong belakang kebun komuniti dan lokasi sampah haram yang dibuang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Penuh MBSJ Bil 5/2022 di Ibu Pejabat MBSJ di sini hari ini.

Justeru, Johary turut menasihatkan masyarakat meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membersihkan kawasan persekitaran kediaman atau premis dari tempat pembiakan aedes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619