BERITA UTAMA

EXCO: Jelajah Agro Selangor bermula di Shah Alam Khamis ini

23 Mei 2022, 3:32 PM
EXCO: Jelajah Agro Selangor bermula di Shah Alam Khamis ini
EXCO: Jelajah Agro Selangor bermula di Shah Alam Khamis ini

SHAH ALAM, 23 MEI: Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan dan Industri Asas Tani bakal menganjurkan Jelajah Agro Selangor bermula Khamis ini.

Bertempat di Central I-City di sini, pengerusinya, Ir Izham Hashim berkata program berlangsung selama empat hari sehingga Sabtu.

"Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung di Jelajah Agro Selangor ini, antaranya pameran pertanian pintar, sesi soal jawab pertanian, jualan segar dan lain-lain lagi," katanya di Facebook.

Beliau berkata program bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu juga akan diadakan di beberapa lokasi lain selepas ini.

"Insya-Allah selepas di Shah Alam, Jelajah Agro Selangor akan diteruskan di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor pula," katanya.

Perasmian jelajah itu akan berlangsung pada Jumaat jam 8 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619