AGENSI

Jelajah JobCare pelawa orang ramai hadir tanpa janji temu

21 Mei 2022, 8:30 AM
Jelajah JobCare pelawa orang ramai hadir tanpa janji temu
Jelajah JobCare pelawa orang ramai hadir tanpa janji temu

HULU LANGAT,21 MEI: Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) mempelawa orang ramai menghadiri siri Jelajah JobCare yang berlangsung sehingga Jun ini.

Ketua Penyelarasnya S Vijayan berkata orang ramai boleh hadir ke lokasi program dengan membawa dokumen perlu walaupun mereka tidak berdaftar di pautan diberikan.

“Mereka boleh terus datang walaupun tanpa janji temu (walk in) kerana ia terbuka kepada semua.

“Jangan lepaskan peluang kerana peratusan untuk diterima bekerja menerusi program ini adalah 70 hingga 80 peratus,” katanya kepada SelangorKini.

Vijayan turut memaklumkan program jelajah itu tidak terhad kepada lepasan graduan sahaja sebaliknya terbuka kepada semua tanpa mengira usia.

[caption id="attachment_521048" align="alignleft" width="380"] Ketua Penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS), S Vijayan bercakap kepada Media Selangor ketika program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gemilang Dengkil, Sepang pada 14 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Contohnya hari ini seorang pesara menghadiri temuduga. Sesiapa yang datang dan berkelayakan, peratusan mendapat kerja tinggi.

“Ini kerana kita mahu menambah baik mutu produktiviti Kerajaan Negeri dalam pelbagai bidang,” katanya.

Jelajah JobCare menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini dengan disertai 15 syarikat tempatan dalam pelbagai sektor.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site .

Berikut lokasi dan tarikh seterusnya penganjuran Jelajah JobCare:

1. Dewan Serbaguna Air Panas, Setapat (22 dan 23 Mei)

2. Dewan Taman Gombak, Gombak (4 Jun)

3. Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (11 dan 12 Jun)

4. Dewan Banting Baru, Kuala Langat (18 Jun)

5. Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam (25 Jun)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619