AGENDA

HFMD: Arahan tutup sekolah bergantung penilaian pejabat kesihatan daerah

19 Mei 2022, 10:56 AM
HFMD: Arahan tutup sekolah bergantung penilaian pejabat kesihatan daerah

SHAH ALAM, 19 MEI: Arahan penutupan sekolah di negeri ini susulan jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD) bergantung penilaian risiko pejabat kesihatan daerah (PKD).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan setiap PKD diberi tanggungjawab memantau penularan kes berkenaan selain memberi laporan dari semasa ke semasa.

"Pengarah setiap PKD akan mendapatkan laporan tempatan berhubung penyakit itu dan arahan penutupan sekolah juga dibuat mereka.

"Setakat ini, penularan jangkitan ini masih terkawal dan belum ada sekolah yang ditutup," katanya ditemui pada Majlis Jalinan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini.

Penyakit HFMD kian menular dalam kalangan kanak-kanak apabila mencatatkan 31,661 kes di seluruh negara antara Januari hingga 14 Mei lalu.

Peningkatan 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu menyaksikan Selangor menyumbang jumlah kes terbesar dengan 8,864 diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 4,421 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619