AGENDA

HFMD: Sikap ibu bapa, pusat jagaan kanak-kanak padat punca kes naik

1 Ogos 2022, 8:14 AM
HFMD: Sikap ibu bapa, pusat jagaan kanak-kanak padat punca kes naik

SHAH ALAM, 1 OGOS: Penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) sepanjang 27 minggu tahun ini meningkat ketara berbanding tempoh sama tahun lalu dengan perbezaan sebanyak 33,250 kes.

Dato’ Menteri Besar berkata antara faktor peningkatan dari 644 kepada 33,894 kes disebabkan sikap ibu bapa yang masih menghantar anak ke pusat jagaan atau taska meskipun bergejala.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, pemeriksaan di pintu masuk pusat jagaan juga lemah selain tindakan pengasingan tidak berkesan menyebabkan penularan kes berlaku.

“Ibu bapa juga tidak memberi penekanan terhadap amalan kebersihan kendiri kanak-kanak di rumah selain keadaan institusi jagaan yang padat serta sistem pengudaraan kurang baik.

“Pergaulan rapat kanak-kanak di pusat jagaan serta berkongsi mainan turut meningkatkan risiko jangkitan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Sementa Dr Daroyah Alwi berkenaan penularan HFMD dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada 14 Jun, EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan seramai 639 kanak-kanak ddi negeri ini dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian lanjut. Pihaknya turut mengesan 253 kluster HFMD namun semua terkawal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619