BERITA UTAMA

HFMD: Keputusan tutup sekolah bergantung saranan Jabatan Kesihatan Negeri

16 Mei 2022, 12:36 AM
HFMD: Keputusan tutup sekolah bergantung saranan Jabatan Kesihatan Negeri

HULU SELANGOR, 16 MEI: Keputusan untuk menutup sekolah atau taska di Selangor berikutan penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bergantung saranan Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat dalam tempoh terdekat selain memperinci statistik kes.

“Justeru, kita akan bermesyuarat dengan JKNS dalam tempoh terdekat bagi memperincikan statistik kes terbaharu HFMD.

"Keputusan sama ada untuk menutup sekolah atau tadika akan diputuskan selepas perbincangan khas itu nanti," katanya pada sidang media Jelajah Kita Semua KEADILAN di Hulu Selangor semalam.

Sejumlah 6,748 kes dan 118 kluster HFMD direkodkan di negeri ini setakat 7 Mei lalu, dengan 95 peratus daripadanya melibatkan kluster taska atau tadika serta pusat jagaan harian.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman memaklumkan empat peratus daripadanya dimasukkan ke hospital bagi pemantauan lanjut manakala selebihnya menerima rawatan pesakit luar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619