AGENDA

Calon ketua cabang Hulu Selangor sedia berdebat soal majukan parti

14 Mei 2022, 9:46 AM
Calon ketua cabang Hulu Selangor sedia berdebat soal majukan parti

SHAH ALAM, 14 MEI: Calon ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Hulu Selangor sedia berdebat soal pendekatan bagi memajukan parti dan membangunkan daerah tersebut.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata setiap pemimpin yang bertanding Pemilihan KEADILAN perlu tampil dengan idea masing-masing supaya ahli parti, bahkan rakyat mengetahui perancangan mereka.

"Rakyat kena tahu apa yang telah kita buat, apa yang kita akan buat dan apa yang kita boleh buat. Kita bagi peluang kepada rakyat dan ahli parti buat pilihan.

"Apa yang akan saya ditekankan dalam debat itu nanti adalah mengenai parti dan keadaan Hulu Selangor secara keseluruhan," katanya kepada Selangorkini.

Mengakui ada menerima cabaran sedemikian, pengasas rangkaian klinik Kumpulan SP Care itu menegaskan acara debat perlu dijalankan secara adil tanpa unsur negatif.

"Saya memang bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa sahaja tetapi debat itu perlulah diadakan dengan cara yang baik, perlu sihat dari apa-apa unsur negatif," katanya.

Dr Sathia yang menjadi ahli parti sejak 2008 berdepan saingan tiga penjuru melibatkan penyandang tiga penggal yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui dan seorang lagi, Azizan Zakaria.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619