AGENDA

Calon HARAPAN Hulu Selangor azam tambah baik pejabat kerajaan uzur, bela kebajikan penjawat awam

15 Nov 2022, 9:13 AM
Calon HARAPAN Hulu Selangor azam tambah baik pejabat kerajaan uzur, bela kebajikan penjawat awam

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 15 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Hulu Selangor berhasrat menambah baik kemudahan di pejabat kerajaan yang semakin uzur di daerah itu.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata penjawat awam berhak mendapat tempat kerja yang selesa serta dilengkapi pelbagai kemudahan supaya dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat.

"Kebajikan penjawat awam perlu diberi keutamaan kerana mereka adalah orang tengah yang melaksanakan perkhidmatan ditawarkan kerajaan untuk rakyat.

“Kita turun padang untuk lihat sendiri apa yang mereka perlukan dan apa yang perlu ditambah baik atau sediakan kemudahan bahari di pejabat kerajaan," katanya.

Kesempatan meninjau beberapa pejabat kerajaan di pekan Kuala Kubu Bahru hari ini, Dr Sathia mendapati kebanyakkan kemudahan kerajaan perlu diganti termasuk menambah baik bangunan lama bagi mengekalkan memelihara nilai sejarah.

Prihatin dengan kebajikan penjawat awam, beliau bertekad membawa usul meningkatkan gaji penjawat awam sekirannya menang dalam pilihan raya kali ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619