AGENDA

Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu menyamar pegawai SKMM

12 Mei 2022, 3:52 AM
Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu menyamar pegawai SKMM

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mendakwa orang dihubungi telah melakukan kesalahan.

SKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan peringatan itu susulan pihaknya menerima aduan daripada seorang pengadu yang telah menerima panggilan daripada individu bernama Mohd Azim Abdul Aziz yang memberitahu bahawa talian telefon pengadu telah menghantar pautan-pautan judi dan lucah ke serata telefon di Negeri Sembilan.

"Justeru, pengadu terbabit dikehendaki membuat aduan dalam tempoh 30 minit dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian boleh menyebabkan talian telefon pengadu disekat dan disenaraihitamkan oleh pihak penyedia perkhidmatan.

"Adalah dimaklumkan bahawa individu yang dimaksudkan iaitu Mohd Azim Abdul Aziz bukan kakitangan SKMM dan tidak pernah berkhidmat dengan pihak suruhanjaya," menurut kenyataan itu.

Menurut SKMM, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan suruhanjaya itu lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang atau platform media sosial SKMM dan bukannya menggunakan nama individu, penggunaan bahasa yang meragukan serta nombor telefon bimbit persendirian.

Sehubungan itu, orang ramai digesa untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak tidak dikenali dan segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619