BERITA UTAMA

Enam pusat kebajikan, rumah anak yatim terima sumbangan raya MPAJ

10 Mei 2022, 2:45 AM
Enam pusat kebajikan, rumah anak yatim terima sumbangan raya MPAJ
Enam pusat kebajikan, rumah anak yatim terima sumbangan raya MPAJ

SHAH ALAM, 10 MEI: Sebanyak enam pusat kebajikan termasuk rumah anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri melalui program Kongsi Rezeki Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Yang Dipertua Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata penyerahan dilaksana secara berperingkat sejak 29 April lalu meliputi barangan berupa beras, gula, susu, minyak masak, tepung dan lampin pakai buang.

"Setiap pertubuhan turut menerima wang tunai RM1,000 dan duit raya berjumlah RM2,000. Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan lagi sambutan perayaan golongan terbabit.

[caption id="attachment_520318" align="alignleft" width="399"] Yang Dipertua Mohd Fauzi Mohd Yatim beramah mesra bersama anak-anak di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Lembah Jaya Selatan pada 29 April 2022. Foto MPAJ[/caption]

"Program ini juga diadakan bertujuan mendekati dan membantu individu yang memerlukan bantuan selain melaksanakan salah satu tanggungjawab sosial MPAJ," katanya menerusi kenyataan.

Antara penerima ialah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Lembah Jaya Selatan; Pusat Jagaan Sri Mesra, Taman Watan dan Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, Taman Melawati.

Turut menerima bantuan ialah Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, Taman Rasmi; Pertubuhan Kebajikan Asnaf An Naafi Kuala Lumpur, Bukit Antarabangsa dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, Taman Sepakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619