AGENDA

Cawangan TH seluruh negara dibuka esok, tarikh jawab tawaran haji dilanjut 9 Mei

7 Mei 2022, 5:49 AM
Cawangan TH seluruh negara dibuka esok, tarikh jawab tawaran haji dilanjut 9 Mei

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Semua 123 cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) di seluruh negara akan beroperasi esok, bagi membolehkan bakal jemaah haji menjawab surat tawaran menunaikan ibadah Haji.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan ini berikutan pengumuman TH untuk melanjutkan tarikh menjawab surat tawaran menunaikan haji kepada Isnin, 9 Mei 2022.

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata  bakal haji pada Musim Haji 1443H/2022M boleh menghantar surat terima tawaran haji, buku rekod rawatan setelah pemeriksaan kesihatan dibuat dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangannya yang akan beroperasi dari pukul 8.45 pagi hingga 4 petang.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan untuk melancarkan urusan bakal jemaah haji walaupun hari Ahad merupakan hari cuti di kebanyakan negeri. Kami berharap bakal jemaah haji dan juga pendeposit dapat memanfaatkan peluang ini.

“Di samping itu, pendeposit juga boleh hadir untuk perkhidmatan simpanan dan pengeluaran serta penukaran status akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603 - 6207 1919; Faks: +603 - 7728 4959 dan Emel: thinfo@lth.gov.my

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619