AGENDA

PKP Diperketatkan: Ibu pejabat Bank Muamalat di Jalan Melaka tutup

14 Apr 2020, 3:27 PM
PKP Diperketatkan: Ibu pejabat Bank Muamalat di Jalan Melaka tutup

KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Ibu pejabat dan cawangan Bank Muamalat Malaysia Bhd di Jalan Melaka, di sini, akan ditutup berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini hingga 28 April.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata pelanggan boleh ke cawangan terdekatnya di Jalan Ipoh untuk perniagaan perbankan mereka atau menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

Ia berkata bank akan terus menjalankan operasi asasnya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggannya yang mungkin memerlukan perkhidmatan kritikal.

"Pada ketika ini, kami juga memberi jaminan kepada pelanggan Bank Muamalat bahawa perniagaan kami terus beroperasi seperti biasa, dengan gangguan minimum," katanya.

Semua kawasan Masjid India dan jalan-jalan di sekitarnya diletak di bawah PKPD hari ini. Ini berikutan pelaksanaan PKPD di dua buah bangunan di Jalan Masjid India - Selangor Mansion and Malayan Mansion pada 7 April lepas.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619