AGENDA

Hampir 15 juta kematian berkaitan Covid-19 di seluruh dunia

6 Mei 2022, 3:00 AM
Hampir 15 juta kematian berkaitan Covid-19 di seluruh dunia

GENEVA, 6 MEI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis memaklumkan hampir 15 juta kematian di seluruh dunia dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pandemik Covid-19 menjelang akhir 2021.

Menurut anggaran WHO, jumlah korban keseluruhan akibat Covid-19 adalah kira-kira 14.9 juta antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

Angka ini berdasarkan perbezaan antara jumlah dan anggaran kematian jika tanpa wabak berdasarkan data dari tahun-tahun sebelumnya.

Selain kematian akibat jangkitan Covid-19 secara langsung, "kematian tidak langsung" adalah keadaan kesihatan lain yang menyebabkan orang ramai tidak dapat mengakses sistem kesihatan dan rawatan, kerana wabak itu, lapor Xinhua.

Menurut WHO 84 peratus kematian tertumpu di kawasan Asia Tenggara, Eropah dan Amerika, dan kira-kira 68 peratus di 10 negara di seluruh dunia.

Negara berpendapatan sederhana menyumbang 81 peratus daripada 14.9 juta kematian, manakala negara berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah masing-masing menyumbang 15 dan empat peratus.

Angka kematian global lebih tinggi dalam kalangan lelaki (57 peratus) berbanding wanita (43 peratus) dan lebih tinggi terhadap golongan warga emas.

"Data ini bukan sahaja menunjukkan kesan pandemik tetapi keperluan agar semua negara melabur dalam sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan bagi mengekalkan perkhidmatan kesihatan kritikal semasa krisis, termasuk sistem maklumat kesihatan lebih kukuh," Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata dalam satu kenyataan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619