AGENDA

Angka korban hampir cecah 300 orang susulan konflik di Sudan

20 Apr 2023, 3:25 AM
Angka korban hampir cecah 300 orang susulan konflik di Sudan

WASHINGTON, 20 APRIL: Hampir 300 orang dilaporkan terbunuh akibat pertempuran berterusan antara pasukan tentera dan Rapid Support Forces (RSF) di Sudan setakat ini.

"Keadaan di Sudan semakin membimbangkan dan menyayat hati. Hampir 300 orang telah meninggal dunia setakat ini manakala lebih 3,000 cedera.

“Saya mengecam semua serangan maut, terutamanya serangan ke atas orang awam dan institut kesihatan," lapor Agensi Anadolu memetik ciapan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di Twitter pada Rabu.

Beliau berkata akses terhadap bekalan elektrik, makanan, air, kakitangan dan bekalan perubatan semakin berkurangan menjadikan hampir mustahil untuk banyak kemudahan kesihatan berfungsi dengan sempurna apabila terdapat beribu-ribu mangsa yang cedera dan memerlukan rawatan segera.

Ketua WHO itu mengulangi gesaannya agar semua pihak mematuhi seruan melaksanakan ‘humanitarian pause’, yang menurutnya membolehkan mereka yang terperangkap dalam pertempuran mencari perlindungan.

Orang awam juga akan dapat mengakses makanan, air dan ubat-ubatan dan pesakit boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang diperlukan, kata Ghebreyesus.

“Keamanan adalah satu-satunya penyelesaian,” tambahnya.

Pertempuran kini memasuki hari kelima antara tentera Sudan dan RSF di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619