AGENDA

Aliran trafik arah utara, selatan perlahan

3 Mei 2022, 3:38 PM
Aliran trafik arah utara, selatan perlahan

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke utara dan selatan, perlahan malam ini susulan masih terdapat pengguna jalan raya yang memandu pulang ke kampung serta kembali ke rumah masing-masing selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10.30 malam tadi, trafik sesak di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)  arah utara dari Tapah ke Gopeng dan Ipoh ke Changkat Jering di Perak serta  Alor Pongsu ke Jawi, Pulau Pinang.

"Trafik juga dilaporkan sesak dari Pedas Linggi menuju Port Dickson dan Bandar Ainsdale menuju ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban.

"Bagi trafik menuju ke arah selatan dan ibu kota pula, kesesakan dilaporkan berlaku sebelum Plaza Tol Hutan Kampung di Kedah, Pendang menuju Gurun, Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, dari Changkat Jering ke Bukit Berapit, Bidor ke Slim River, Pagoh ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam ke Sedenak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut jurucakap itu bagi laluan Pantai Timur, kesesakan hanya berlaku dari Plaza Tol Gombak menuju ke ibu kota.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619