PBT

Hebahan bergerak pastikan rakyat patuhi peraturan, elak Covid-19 merebak

23 Apr 2022, 5:23 AM
Hebahan bergerak pastikan rakyat patuhi peraturan, elak Covid-19 merebak

SHAH ALAM, 23 APRIL: Pejabat Penerangan Daerah Sepang menjalankan program hebahan bergerak atau 'Info On Wheels' (IOW) di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, kelmarin.

Majlis Perbandaran Sepang dalam perkongsian di Facebook berkata program itu bertujuan memaklumkan kepada orang ramai mengenai fasa peralihan pandemik ke endemik, kawalan kendiri Covid-19, pengambilan dos penggalak dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

"Hebahan ini bertujuan memastikan orang ramai terutama di sekitar DUN Dengkil terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid-19," katanya.

Kawasan yang terbabit dalam program itu adalah sekitar Kampung Dato' Ahmad Razali, Taman Permata Dengkil, Pekan Dengkil, Taman Dengkil Jaya dan Taman Nilam.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619